Samsung Galaxy Fold 2 Dipercayai Tidak Akan Dikenali Sebagai ‘Galaxy Bloom’ Comments Off on Samsung Galaxy Fold 2 Dipercayai Tidak Akan Dikenali Sebagai ‘Galaxy Bloom’

Sebelum ini ada khabar angin yang mengatakan bahawa Samsung telah mengesahkan akan menggunakan nama Galaxy Bloom untuk peranti dengan rekaan skrin boleh lipat generasi keduanya nanti.

Namun begitu, pendedahan itu telah disangkal oleh portal letsgodigital selepas mereka telah mendekati sendiri sumber dalaman dan juga pakar industri dari seluruh dunia, yang mana majoriti telah mengesahkan bahawa Samsung tidak akan menggunakan nama ‘Galaxy Bloom’ untuk peranti boleh lipat generasi keduanya.

Sebagaimana yang kita ketahui, Samsung sebelum ini telah menggunakan nama kod ‘Bloom’ untuk merujuk kepada model telefon pintar dengan skrin boleh lipat terbaharunya itu nanti. Bahkan Samsung sendiri dilihat masih menggunakan nombor model SM-F700F yang mungkin merujuk kepada siri Galaxy Fold, sama seperti Galaxy Fold generasi pertama yang hadir dengan nombor model SM-F900F.

Memandangkan penggunaan nama Fold merupakan pengenalan untuk peranti dengan skrin boleh lipat yang masih baru di pasaran, penukaran nama untuk peranti dari siri yang sama mungkin akan mengelirukan pengguna. Jadi sudah tentunya Samsung akan mengambil pendekatan untuk terus menggunakan nama model Galaxy Fold pada generasi keduanya itu nanti.

Walau bagaimanapun, Samsung sebelum ini telah mengesahkan bahawa rekaan Samsung Galaxy Fold generasi kedua ini diinspirasikan daripada rekaan bekas bedak kompak jenama Lancome dari Perancis. Malah peranti ini juga akan disasarkan untuk golongan wanita berusia sekitar 20 tahun.

Baca juga:

Samsung Galaxy Fold 2 Berkemungkinan Besar Akan Menggunakan Cipset Snapdragon 855

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend