Samsung Galaxy Fit e Dan Galaxy Fit Akan Dijual Bermula 14 Jun – Harga Bermula Daripada RM139 Comments Off on Samsung Galaxy Fit e Dan Galaxy Fit Akan Dijual Bermula 14 Jun – Harga Bermula Daripada RM139 472

Samsung Malaysia Electronics kini telah mengumumkan ketersediaan dua model peranti boleh pakai terbaharunya dengan penawaran Galaxy Fit e dan juga Galaxy Fit untuk penggemar aksesori kecergasan tempatan.

Galaxy Fit e dan Galaxy Fit masing-masing akan dijual pada harga RM139 dan RM369, bermula 14 Jun 2019 (Jumaat) ini melalui Samsung Online Store ataupun kedai Samsung Experience di seluruh negara. Galaxy Fit e boleh dimiliki dalam dua warna pilihan iaitu Black ataupun White, manakala Galaxy Fit juga tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Black ataupun Silver.

Samsung Galaxy Fit e – RM139
Samsung Galaxy Fit – RM369

Dengan menggunakan Galaxy Fit e dan Galaxy Fit, anda boleh menjejaki pelbagai jenis aktiviti kecergasan seperti berbasikal, mendaki, berlari ataupun lebih 90 aktiviti berbeza yang boleh dipilih secara manual melalui aplikasi Samsung Health. Sokongan antaramuka yang ringkas tetapi intuitif ini juga turut membolehkan anda menerima notifikasi dengan lebih mudah dan cepat.

Rekaan Heart Rate Sensor pada Galaxy Fit e (kiri) dan Galaxy Fit (kanan).

Spesifikasi Galaxy Fit e:

  • Realtime OS
  • 0.74 inci PMOLED, 128 x 64 piksel
  • Paparan monokrom
  • 40.2 x 16mm / 15g
  • 70 mAh
  • 5ATM, MIL-STD 810G
  • Accelerometer, Heart Rate Sensor
  • Bluetooth 5.0 LE
  • Kaedah pengecasan Pogo

Spesifikasi Galaxy Fit:

  • Realtime OS
  • 0.95 inci AMOLED, 120 x 240 piksel
  • Paparan berwarna
  • 45.1 x 18.3mm / 23g
  • 120 mAh
  • 5ATM, MIL-STD 810G
  • Accelerometer, Gyroscope, Heart Rate Sensor
  • Bluetooth 5.0 LE
  • Kaedah pengecasan NFC Wireless
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend