Samsung Galaxy Buds+ Dengan Hayat Bateri Berganda Akan Dijual Pada Harga RM599 Comments Off on Samsung Galaxy Buds+ Dengan Hayat Bateri Berganda Akan Dijual Pada Harga RM599

Pra-tempah Galaxy S20, S20+, dan S20 Ultra telah diumumkan semalam untuk pasaran Malaysia. Harga bermula daripada RM3599 dan menariknya untuk setiap pra-tempah, pelanggan akan menerima fon telinga TWS terbaru, Samsung Galaxy Buds+ secara percuma.

Samsung Galaxy Buds+ telah dikemas kini, menawarkan ketahanan bateri yang lebih lama dengan masa main semula muzik mencapai 11 jam malah dengan sokongan bateri daripada bekas pula menyokong sehingga 22 jam iaitu hampir dua kali ganda berbanding Galaxy Buds yang terdahulu.

Tambah lagi, Galaxy Buds+ boleh dicas menggunakan pad pengecasan tanpa wayar (Qi Certified) selain hanya mengambil masa 3 minit pengecasan berwayar untuk main muzik selama 60 minit. Naik taraf turut dilakukan pada bahagian perkakasan lain seperti unit pembesar suara. Galaxy Buds+ kini menyertakan 2-Way Dynamic (Woofer+Tweeter) untuk pengalaman audio yang lebih menyeluruh. Disamping itu, mikrofon juga telah ditambah daripada 2 unit kepada 3 unit (2 luar, 1 dalam).

Galaxy Buds+ hadir dalam tiga pilihan warna iaitu putih, biru, dan hitam. Bagaimanapun, untuk pasaran Malaysia hanya warna hitam sahaja yang ditawarkan. Harga RM599 seunit.

Baca: Pengalaman Seketika Bersama Samsung Galaxy S20, S20+, S20 Ultra Versi Malaysia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend