Samsung Galaxy Book 2 Dilancarkan Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 850 Dan Paparan Super AMOLED 12″ Comments Off on Samsung Galaxy Book 2 Dilancarkan Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 850 Dan Paparan Super AMOLED 12″

Selepas beberapa minggu Microsoft mengumumkan Surface Pro 6, baru-baru ini Samsung juga dilihat telah melancarkan tablet yang dioperasikan dengan sistem operasi Windows iaitu Samsung Galaxy Book 2. Malah jika dilihat pada penampilan fizikalnya, ia kelihatan mirip seperti tablet baharu keluaran Microsoft.

Tampil dengan kerangka setebal 7.62 inci dan berat sekitar 840g, Galaxy Book 2 kini hadir dengan rekaan kickstand terbina-dalam yang diperbuat daripada aluminium. Sama seperti peranti flagship keluaran Samsung yang lain, tablet Windows ini turut menyokong audio berkualiti Dolby Atmos dengan talaan daripada pakar audio AKG. Dari segi paparan pula, ia tersedia dengan paparan Super AMOLED sebesar 12 inci FHD+ (2160 x 1440 piksel).

Samsung Galaxy Book 2 yang dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 850 ini juga menjanjikan ketahanan bateri mencecah sehingga 20 jam (bergantung kepada penggunaan). Malah ia dilengkapi dengan ciri-ciri produktiviti yang baik seperti sambungan LTE Gigabit, papan kekunci QWERTY yang juga bertindak sebagai pelindung skrin, serta S Pen.

Buat masa ini Samsung Galaxy Book 2 akan hanya dijual untuk pasaran Amerika Syarikat pada 2 November nanti. Ia akan dijual pada harga USD999.99 (kira-kira RM4,159).

Spesifikasi Samsung Galaxy Book 2:

  • Windows 10
  • Qualcomm Snapdragon 850 (Quad 2.96GHz + Quad 1.7GHz)
  • Qualcomm Snapdragon X20 LTE Modem (Cat.18 5CA, 4×4 MIMO)
  • 4GB + 128GB
  • 12.0 inci Super AMOLED FHD+ (2160 x 1440 piksel)
  • Kamera: 8MP (utama) / 5MP (hadapan)
  • USB Type-C x2, microSD, bicu audio 3.5mm
  • Accelerometer, Pengimbas cap jari, Gyroscope, Geomagnetic, Light sensor
  • Ketahanan bateri sehingga 20 jam
  • Pakej pembelian: papan kekunci QWERTY dan S Pen
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend