Samsung Galaxy A9s Dengan Sokongan Empat Kamera Utama Kini Tertiris Comments Off on Samsung Galaxy A9s Dengan Sokongan Empat Kamera Utama Kini Tertiris

Sebelum ini Samsung telah dikhabarkan akan melancarkan model terbaharunya iaitu Galaxy A9 Star Pro untuk pasaran di China pada 11 Oktober ini. Walaupun tinggal beberapa hari sahaja lagi model ini akan dilancarkan secara rasmi, baru-baru ini ada pihak telah berjaya mendedahkan spesifikasinya di Internet.

Berdasarkan maklumat yang baru sahaja dikongsikan ini, model ini akan lebih dikenali sebagai Galaxy A9s dan ia menyokong paparan skrin berukuran 6.28 inci Super AMOLED FHD+ (2220 x 1080 piksel). Apa yang menariknya, model ini juga dikatakan akan tampil dengan sokongan butang kawalan Android pada skrin (on-screen). Manakala sensor pengimbas cap jarinya pula ditempatkan pada bahagian panel belakang.

Galaxy A9s yang dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo ini akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 dengan dikombinasikan oleh RAM berkapasiti 6GB dan memori dalaman sebesar 128GB. Ia juga didatangkan dengan bateri berkapasiti 3720 mAh yang tampil dengan sokongan port USB Type-C.

Bagi aspek penggambaran pula, Galaxy A9s menawarkan kamera hadapan 8MP (f/1.7) dengan keupayaan fungsi auto fokus. Lebih istimewanya, ia juga menyokong empat kamera pada kamera utamanya seperti berikut:

  • Kamera utama: 24MP (f1.7) dengan teknologi penstabilan imej OIS
  • Kamera kedua: 5MP (f/2.2) untuk efek bokeh (live focus)
  • Kamera ketiga: 8MP (f/2.4) untuk lensa sudut-luas 120°
  • Kamera keempat: 10MP (f/2.4) untuk fungsi 2x zum optikal
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend