Samsung Galaxy A9 (2018) Diumumkan Sebagai Telefon Pintar Pertama Di Dunia Dengan Empat Kamera Belakang Comments Off on Samsung Galaxy A9 (2018) Diumumkan Sebagai Telefon Pintar Pertama Di Dunia Dengan Empat Kamera Belakang

Selain melancarkan model Galaxy A7 (2018) sebagai peranti pertamanya dengan sokongan tiga kamera belakang, Samsung Malaysia turut mengesahkan kewujudan telefon pintar pertama di dunia dengan empat kamera belakang dengan kehadiran model Galaxy A9 (2018).

Sama seperti Galaxy A7 (2018), keupayaan penggambarannya pada Galaxy A9 (2018) adalah sama iaitu kamera pertama 24MP (f/1.7), kamera kedua 8MP (f/2.4) untuk sudut ultra luas, kamera ketiga 5MP (f/2.2) untuk efek bokeh, dan tambahan kamera keempat 10MP (f/2.4) dengan ciri 2x zum optikal. Manakala kamera hadapan pula beresolusi 24MP dengan LED flash.

Dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 serta dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo, Galaxy A9 (2018) menawarkan paparan skrin 6.3 inci Super AMOLED FHD+ (2220 x 1080 piksel). Dilengkapi ruang storan sebesar 128GB, ia dikatakan akan tersedia dalam dua kapasiti RAM berbeza iaitu 6GB dan 8GB.

Tiga warna pilihan disediakan iaitu Caviar Black, Lemonade Blue dan Bubblegum Pink.

Galaxy A9 (2018) menjanjikan bateri berkapasiti 3800 mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas melalui sambungan port USB Type-C. Berbeza dengan Galaxy A7 (2018), model ini menyokong sensor pengimbas cap jari yang terletak pada panel belakangnya. Buat masa ini Samsung Malaysia masih belum mendedahkan harga jualannya, tetapi ia telah disahkan akan mula dijual pada November nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend