Samsung Galaxy A9 (2018) Dengan Sokongan Empat Kamera Catat Skor 86 Poin Di DxOMark Comments Off on Samsung Galaxy A9 (2018) Dengan Sokongan Empat Kamera Catat Skor 86 Poin Di DxOMark 264

Selain mendedahkan skor yang diperolehi oleh Samsung Galaxy S10 5G, DxOMark turut dilihat berkongsi skor untuk telefon pintar kelas pertengahannya iaitu model Galaxy A9 (2018).

Telefon pintar dengan sokongan empat kamera yang pertama diperkenalkan oleh Samsung ini telah mencatatkan skor keseluruhan sebanyak 86 poin. Ini sekaligus meletakkan keupayaan penggambarannya antara iPhone 7 Plus (88 poin) dan juga iPhone 7 (85 poin).

Berdasarkan daripada pecahan skor yang dikongsikan, Galaxy A9 (2018) mencatatkan 90 poin untuk prestasi kamera statik dan 77 poin untuk rakaman video. Namun begitu, skor swafoto untuk kamera depan beresolusi 24MP (f/2.0) pada peranti ini tidak pula didedahkan oleh DxOMark.

Samsung Galaxy A9 (2018) telahpun mula ditawarkan untuk pasaran tempatan pada harga RM1999 bermula November 2018 yang lalu. Ia tampil dengan sokongan empat kamera utama beresolusi 24MP (f/1.7) + 10MP (f/2.4, 2x zum optikal) + 8MP (f/2.4, Ultra Wide Angle) + 5MP (f/2.2, Depth sensor).

Baca juga:

Samsung Galaxy S10 5G Raih Skor Kamera Swafoto Terbaik, Kamera Utama Setanding Huawei P30 Pro

Samsung Galaxy A9 (2018) Dengan Empat Kamera Akan Dijual Pada Harga RM1999 Bermula 26 November

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend