Samsung Galaxy A9 (2018) Dengan Empat Kamera Akan Dijual Pada Harga RM1999 Bermula 26 November Comments Off on Samsung Galaxy A9 (2018) Dengan Empat Kamera Akan Dijual Pada Harga RM1999 Bermula 26 November

Kemas kini artikel: Samsung Malaysia baru sahaja mengumumkan tarikh ketersediaan jualan Samsung Galaxy A9 (2018) yang akan mula dijual bermula 23 November ini melalui program jerayawara (roadshow) di One Utama (Selangor), Gurney Plaza (Penang), dan City Square (Johor).

Telefon pintar dengan sokongan empat kamera yang pertama di dunia iaitu Samsung Galaxy A9 (2018) telahpun dilancarkan secara rasmi pada Oktober yang lepas, kini akhirnya akan mula dijual secara rasmi untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Melalui perkongsian di laman Satu Gadget Dot Com hari ini, Samsung Galaxy A9 (2018) akan mula dijual di Malaysia bermula minggu depan iaitu 26 November 2018 bermula 23 November 2018 pada harga RM1,999. Model terbaharu daripada Samsung ini akan ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Lemonade Blue, Cavier Black dan juga Bubblegum Pink.

Sebagai rujukan, Samsung Galaxy A9 (2018) menyokong empat iaitu lensa utama 24MP (f/1.7), lensa sudut ultra luas 8MP (f/2.4), lensa kedalaman 5MP (f/2.2), dan juga lensa telefoto 10MP (f/2.4) dengan keupayaan 2x zum optikal. Peranti ini dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 660, skrin 6.3 inci Super AMOLED FHD+, konfigurasi memori 6GB + 128GB, dan juga bateri berkapasiti 3800 mAh.

Sumber

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend