Samsung Galaxy A8s Diperkenalkan Dengan Paparan Infinity-O Berlubang Comments Off on Samsung Galaxy A8s Diperkenalkan Dengan Paparan Infinity-O Berlubang

Kita telah masuk ke era skrin berlubang dan hari ini ia telah dimulakan oleh Samsung melalui pelancaran Galaxy A8s. Samsung menamakan teknologi paparan terbaru ini dengan nama Infinity-O yang kelihatan seperti lubang di penjuru atas skrin. Ia sebenarnya menempatkan sebuah sensor kamera untuk berswafoto.

Samsung Galaxy A8s dijana dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 710 berbanding cipset Exynos. Cip ini telah digandingkan dengan memori RAM 6GB atau 8GB sementara untuk storan ialah sebesar 128GB. Terdapat ruang slot untuk kad microSD sehingga 512GB.

Peranti ini dilengkapi paparan Super AMOLED bersaiz 6.39-inci FHD+ dengan bateri sebesar 3,400mAh menerusi sokongan pengecasan pantas USB Type-C. Binaan kaca di belakang telah menempatkan sistem tri kamera 24MP f/1.7 utama + 10MP f/2.4 telefoto + 5MP f/2.2 kedalaman selain kamera depan 24MP f/2.0.

Peranti ini tidak menawarkan pengimbas cap jari dalam skrin sebaliknya menyediakan pengimbas biometrik di panel belakang, tambahan ia juga tidak ada bicu audio untuk pengguna menyambungkan fon telinga berwayar. Didatangkan dengan pilihan warna biru, kelabu, dan hijau, Samsung Galaxy A8s dijual di pasaran China terlebih dahulu sebelum ke negara lain pada masa akan datang.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend