Samsung Galaxy A80 Edisi BLACKPINK Akan Terjah Pasaran Malaysia Comments Off on Samsung Galaxy A80 Edisi BLACKPINK Akan Terjah Pasaran Malaysia 352

Golongan milenial sudah pastinya mengenali BLACKPINK malah ada diantara mereka begitu taksub sekali dengan kumpulan muzik dari Korea Selatan ini. Dengan nama sedang memuncak naik, kumpulan yang disertai empat gadis ini juga telah dilantik sebagai duta kepada Samsung untuk telefon pintar Galaxy-A.

Baru-baru ini, Samsung telah mengeluarkan Galaxy A80 Edisi BLACKPINK sebagai sebahagian daripada keluarga baharu telefon pintar kelas pertengahan mereka. Peranti ini dikatakan bakal diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dan Thailand.

Selepas semakan dibuat di laman web rasmi Samsung Malaysia, ada petanda yang mereka akan membawanya masuk. Bagaimanapun tiada tarikh khusus bilakah ia mula dijual memandangkan Galaxy A80 itu sendiri belum dilancarkan di Malaysia. Tiada pengesahan oleh mereka setakat artikel ditulis. Untuk pasaran Thailand pula, ia sudah mula ditawarkan melalui kempen pra-tempah.

Edisi terhad ini didatangkan dengan kotak pembungkusan serba merah jambu yang mengandungi aksesori seperti sarung pelindung, dok pengecas, dan kad gambar. Menurut sumber, pra-tempahan di Thailand akan disertakan fon kepala AKG Y500 manakala di Malaysia pula pemiliknya akan menerima Galaxy Fit.

melalui/sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend