Samsung Galaxy A80 Berharga RM2499, Mula Dijual Di Kedai Fizikal Dan Kedai Atas Talian Samsung Comments Off on Samsung Galaxy A80 Berharga RM2499, Mula Dijual Di Kedai Fizikal Dan Kedai Atas Talian Samsung 295

Seperti yang telah dikongsikan dua hari lepas, hari ini penantian untuk memiliki telefon pintar dengan rekaan tiga kamera boleh putar yang boleh digunakan sebagai kamera utama atau kamera depan daripada Samsung sudahpun berakhir.

Galaxy A80 yang ditawarkan pada harga RM2,499 ini boleh dimiliki dalam tiga warna pilihan iaitu Angel Gold, Ghost White dan juga Phantom Blue. Bagi yang berminat, anda sudah boleh membelinya di mana-mana Samsung Experience Store ataupun Samsung Malaysia Online Store.

Bersempena dengan pelancarannya di negara ini, 1000 pembeli terawal yang membuat pembelian Galaxy A80 akan turut menerima pakej istimewa BlackPink. Pakej istimewa ini akan menawarkan sarung pelindung Galaxy A80, tempat meletakkan telefon, kad gambar, dan juga Galaxy Fit dengan nilai keseluruhan RM818.

Tiga kamera utama pada Galaxy A80 turut boleh digunakan sebagai kamera depan melalui sokongan rekaan kamera boleh putar.

Spesifikasi Samsung Galaxy A80:

  • Samsung One UI (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 730G (8nm)
  • 8GB + 128GB
  • 6.7 inci Super AMOLED FHD+, New Infinity Display
  • 48MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 3D Depth Camera
  • 3700 mAh (25W)
  • Pengimbas cap jari dalam skrin
  • 165.2 x 76.5 x 9.3mm
  • Phantom Black, Angel Gold, Ghost White

Beli Samsung Galaxy A80 berharga RM2,499 di Samsung Malaysia Online Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend