Samsung Galaxy A80 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 12 Julai Dengan Harga RM2,499 Comments Off on Samsung Galaxy A80 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 12 Julai Dengan Harga RM2,499 158

Akhirnya penantian untuk melihat kemunculan Samsung Galaxy A80 di Malaysia bakal menjadi kenyataan, selepas Samsung Malaysia telah mendedahkannya harga dan juga tarikh ketersediaannya di laman Twitter. Berbeza dengan siri Galaxy A sebelum ini, Galaxy A80 menjanjikan rekaan yang lebih premium.

Melalui tweet yang dikongsikan oleh Samsung Malaysia, Galaxy A80 akan dijual pada harga RM2,499 untuk varian 8GB + 128GB dengan tiga warna pilihan iaitu hitam, putih dan juga emas. Samsung Malaysia juga telah mengesahkan akan menawarkan Galaxy A80 ini melalui Lazada, bersempena dengan promosi ‘Mid-Year Festival’ yang akan berlangsung pada 12 Julai ini.

Sokongan tiga kamera utama dengan rekaan boleh putar ini turut boleh digunakan sebagai kamera depan.

Samsung Galaxy A80 dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 730, menyokong paparan skrin 6.7 inci Super AMOLED FHD+, pengimbas cap jari dalam skrin, tiga kamera beresolusi 48MP + 8MP (Ultra Wide) + ToF yang juga boleh digunakan sebagai kamera depan, dan bateri 3700 mAh dengan pengecasan pantas 25W.

Samsung Galaxy A80 akan diperkenalkan buat pertama kalinya untuk pasaran Malaysia pada 12 Julai 2019.
  • Miliki Samsung Galaxy A80 secara eksklusif di Lazada
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend