Samsung Galaxy A71 Catat Skor DXOMARK Camera Setanding Redmi Note 8 Pro Dan Black Shark 2 Comments Off on Samsung Galaxy A71 Catat Skor DXOMARK Camera Setanding Redmi Note 8 Pro Dan Black Shark 2

Dilengkapi dengan sokongan kuad kamera beresolusi 64MP (Dual Pixel PDAF Auto Focus) + 12MP (Ultra Wide) + 5MP (Macro) + 5MP (Depth), Samsung Galaxy A71 telah memperolehi skor sebanyak 84 poin dalam ujian penggambaran DXOMARK Camera.

Berdasarkan ujian yang dijalankan, Samsung Galaxy A91 mencatatkan 89 poin untuk keupayaan kamera statik dan juga 74 poin untuk keupayaan rakaman video. Menurut DXOMARK, Galaxy A71 berupaya menghasilkan pendedahan cahaya yang baik dalam pelbagai senario.

Malah skor yang dicatatkan dilihat setanding dengan telefon pintar kelas pertengahan iaitu Redmi Note 8 Pro dan juga telefon pintar gaming iaitu Black Shark 2. Tetapi skor Galaxy A71 dilihat sedikit lebih rendah berbanding Galaxy A50.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend