Samsung Galaxy A70 Dengan Bateri 4500 mAh Kini Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM1,999 Comments Off on Samsung Galaxy A70 Dengan Bateri 4500 mAh Kini Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM1,999

Samsung Malaysia Electronics hari ini telah mengumumkan ketersediaan jualan model terbaharunya iaitu Galaxy A70 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM1,999. Ditawarkan dalam tiga warna pilihan dengan efek warna prisma – biru, hitam dan putih, Galaxy A70 boleh dibeli melalui Samsung Experience Store dan juga wakil penjual Samsung yang sah di seluruh negara.

Galaxy A70 dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 675 (11nm) ini telah dioperasikan oleh antaramuka baharu One UI berasaskan Android 9.0 Pie. Ia juga ditawarkan dalam konfigurasi memori 8GB + 128GB, tiga slot kad berasingan, pengimbas cap jari dalam skrin, dan juga paparan skrin Super AMOLED FHD+ (2400 x 1080 piksel) berukuran 6.7 inci dengan rekaan takuk kecil (Infinity-U Display).

Aspek penggambarannya pula menawarkan kamera depan beresolusi 32MP (f/2.0), dan juga tiga kamera utama beresolusi 32MP (f/1.7) + 8MP (f/2.2, Ultra Wide Angle) + 5MP (f/2.2, Depth sensor) dengan fungsi penggambaran Scene Optimizer. Apa yang lebih istimewanya, Galaxy A70 turut menyokong bateri berkapasiti 4500 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 25W menggunakan sambungan USB-C.

Beli Samsung Galaxy A70 berharga RM1,999 secara online:

Baca juga:

Samsung Galaxy A70 Diumumkan Dengan Skrin 6.7″ Super AMOLED, Bateri 4500 mAh dan Pengecasan Pantas 25W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend