Samsung Galaxy A7 (2018) Diumumkan – Hadir Dengan Tri-Kamera, Paparan Super AMOLED Comments Off on Samsung Galaxy A7 (2018) Diumumkan – Hadir Dengan Tri-Kamera, Paparan Super AMOLED

Samsung Galaxy Unpacked akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 Oktober depan. Ramai pengamal media dalam dan luar negara menjangka peranti yang akan dilancarkan ialah Samsung Galaxy A7 (2018) – memandangkan syarikat Korea Selatan ini telah berkongsi poster acah bertemakan “4x fun” yang merujuk kepada telefon pintar empat kamera.

Sebelum ia dilancarkan secara rasmi, hari ini Samsung telah mengumumkan peranti tersebut di arena sesawang. Buat pertama kali dalam portfolio, Samsung Galaxy A7 didatangkan dengan sistem kamera utama seakan Huawei P20 Pro – sekaligus menjadikan ia telefon pintar kedua di dunia hadir dengan sistem tri-kamera.

Dinamakan sebagai Samsung Galaxy A7 (2018), ia hadir dengan paparan sebesar 6-inci Super AMOLED beresolusi 2220 x 1080 piksel tanpa takuk. Kuasa utama peranti ini dijana berdasarkan pemproses lapan-teras 2.2GHz yang digandingkan bersama tiga konfigurasi memori antaranya 4GB/64GB, 4GB/128GB, dan 6GB/128GB.

Berbalik semula ke bahagian kamera, peranti ini menyediakan kamera utama menerusi sensor 24MP f/1.7 + 8MP f/2.4 (sudut lebar) + 5MP f/2.2 (bokeh). Sementara pada kamera depan, satu sensor 24MP f/2.0 telah diletakkan. Dikuasakan oleh bateri berkapasiti 3,300mAh, kita boleh melihat hampir kesemua ciri ini merujuk kepada peranti di bawah kelas pertengahan.

Dikeluarkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam, biru, tembaga, dan merah jambu, Samsung Galaxy A7 (2018) mungkin dipasarkan di Malaysia terlebih dahulu pada harga sekitar RM1,699 seunit. Apa-apapun kita tunggu sehingga pelancaran rasmi kelak.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend