Samsung Galaxy A6s Dipercayai Sokong Paparan IPS LCD 5.99 Inci Serta RAM Berkapasiti 6GB Comments Off on Samsung Galaxy A6s Dipercayai Sokong Paparan IPS LCD 5.99 Inci Serta RAM Berkapasiti 6GB

Melalui kemunculan sebuah peranti baharu di laman sesawang TENAA di China, Samsung telah merancang untuk memperkenalkan satu lagi model dari siri Galaxy A yang tampil dengan nama kod SM-G6200.

Samsung Galaxy A6s yang sebelum ini dikenali sebagai Galaxy P30 telah disahkan akan menyokong paparan skrin berukuran 5.99 inci FHD+ (2160 x 1080 piksel) dan ia hadir dengan panel IPS LCD bagi menggantikan panel Super AMOLED. Ia juga turut menyokong RAM dengan kapasiti yang agak besar iaitu sebesar 6GB, serta pilihan ruang storan 64GB dan juga 128GB.

Melalui pendedahan TENAA itu juga, Galaxy A6s telah dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo yang dikuasakan oleh pemproses berkelajuan 2.2 GHz, mungkin diambil daripada Snapdragon 660 atau mungkin juga Snapdragon 710. Untuk aspek penggambaran pula, ia hadir dengan dwi kamera beresolusi 12MP + 2MP.

Buat masa ini Galaxy A6s dengan sokongan bateri berkapasiti 3300 mAh ini tidak lagi diketahui bila akan dilancarkan secara rasmi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend