Samsung Galaxy A60 Diumumkan Di China Dengan Skrin Berlubang, Snapdragon 675, Tri-Kamera Comments Off on Samsung Galaxy A60 Diumumkan Di China Dengan Skrin Berlubang, Snapdragon 675, Tri-Kamera

Samsung tidak putus-putus memperkenalkan peranti baharu kepada peminat mereka dan terkini mereka melancarkan Samsung Galaxy A60 di China. Peranti ini menawarkan spesifikasi kelas pertengahan dengan sejumlah ciri menarik.

Galaxy A60 didatangkan dengan skrin berlubang seperti Huawei Nova 4 yang dipanggil Infinity-O. Paparan Super AMOLED ini hadir dengan saiz 6.3-inci FHD+ serta dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 675.


Selain daripada menawarkan memori 6GB RAM dan 128GB storan, ia turut dibungkus dengan bateri berkapasiti 3,500mAh dan dioperasikan sistem perisian One UI berasaskan Android 9 Pie.

Menariknya, Samsung telah meletakkan sistem tri-kamera di bahagian belakang dengan menyertakan sensor 32MP + 8MP (ultralebar) + 5MP (bokeh). Manakala kamera depan yang tersimpan dalam skrin menawarkan penggambaran swafoto 32MP.

Melengkapkan peranti, ia menyokong sambungan USB Type C dan pengimbas cap jari pada panel belakang. Harga yang diumumkan pula adalah CNY1,999 atau kira-kira RM1,236 sebuah.


Pada masa sama, Samsung turut memperkenalkan Samsung Galaxy A40s. Ia merupakan peranti jelmaan semula daripada model Galaxy M30 yang dilancarkan di India awal tahun ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend