Samsung Galaxy A6 Dan Galaxy A6+ Kini Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Asia, Eropah Dan Amerika Latin Comments Off on Samsung Galaxy A6 Dan Galaxy A6+ Kini Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Asia, Eropah Dan Amerika Latin

Baru minggu lepas kami berkongsi ketirisan reka bentuk Samsung Galaxy A6 dan Galaxy A6+ edisi tahun 2018, hari ini kedua-dua model mampu milik kelas pertengahan itu telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Asia, Eropah dan juga Amerika Latin.

Samsung Galaxy A6 (2018) merupakan varian terendah dan ia menawarkan sokongan paparan skrin Super AMOLED 18.5:9 berukuran 5.6 inci HD+ (1480 x 720 piksel). Ia dikuasakan dengan pemproses lapan teras berkelajuan 1.6GHz dari Exynos 7870 Octa dan dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo. Manakala aspek penggambarannya pula menampilkan sokongan kamera utama 16 Megapiksel dengan aperture f/1.7, serta kamera hadapan 16 Megapiksel dengan aperture f/1.9 yang dibantu dengan LED flash.

Samsung Galaxy A6+ (2018) pula menyokong paparan skrin Super AMOLED 18.5:9 yang lebih besar iaitu 6.0 inci FHD+ (2220 x 1080 piksel). Walaupun turut dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo, Galaxy A6+ (2018) ini dikuasakan dengan pemproses lapan teras dari Qualcomm Snapdragon 450 yang berkelajuan 1.8GHz. Keupayaan penggambarannya juga lebih menarik kerana dilengkapi dengan dwi kamera 16 Megapiksel (f/1.7) + 5 Megapiksel (f/1.9) untuk efek bokeh yang lebih baik. Kamera hadapannya pula beresolusi 24 Megapiksel (f/1.9) dengan sokongan LED flash.

Samsung Galaxy A6 (2018) hanya menyokong satu lensa sahaja untuk kamera utamanya.

Samsung Galaxy A6 (2018) dan Galaxy A6+ (2018) ini masing-masing disediakan dengan bateri berkapasiti 3000 mAh dan 3500 mAh, sensor pengimbas cap jari, fungsi pengecaman wajah, Bixby Vision, Home serta Reminder, dan juga sambungan NFC untuk fungsi Samsung Pay.

Samsung Galaxy A6+ (2018) menyokong dua lensa dengan fungsi Live Focus untuk efek bokeh.

Ditawarkan dalam empat warna iaitu Black, Gold, Blue dan Lavender, Samsung Galaxy A6 (2018) dan Galaxy A6+ (2018) akan mula ditawarkan untuk pasaran Asia, Eropah dan Amerika Latin bermula awal Mei ini, sebelum diperkenalkan ke pasaran global yang lain seperti Korea Selatan, Afrika dan juga China.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend