Samsung Galaxy A51 Dengan RAM 8GB Akan Dijual Bermula 8 Mei Pada Harga RM1399 Comments Off on Samsung Galaxy A51 Dengan RAM 8GB Akan Dijual Bermula 8 Mei Pada Harga RM1399

Awal bulan Februari yang lalu, Samsung Malaysia telahpun menawarkan model Galaxy A51 dengan varian 6GB + 128GB untuk pasaran tempatan, dan ditawarkan pada harga RM1299.

Hari ini Samsung Malaysia telahpun mengumumkan akan membawa masuk Galaxy A51 dalam varian 8GB RAM bermula 8 Mei 2020. Dijual pada harga RM1399, ia akan ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Prism Crush Black, Prism Crush White dan Prism Crush Blue.

Bagi yang berminat untuk memiliki Samsung Galaxy A51 varian 8GB RAM, ia boleh dibeli melalui kedai atas talian Samsung, Samsung Experience Store terpilih dan juga pengedar yang sah di seluruh negara.

Spesifikasi Samsung Galaxy A51:

  • Exynos 9611
  • 6GB/8GB + 128GB
  • microSD sehingga 512GB
  • 6.5 inci Super AMOLED FHD+
  • Kamera utama: 48MP + 12MP (Ultra Wide) + 5MP (Depth) + 5MP (Macro)
  • Kamera depan: 32MP
  • 4000mAh
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, USB Type-C, Bicu audio 3.5mm, NFC
  • 158.5 x 73.6 x 7.9mm / 172g

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend