Samsung Galaxy A50s dan Galaxy A30s Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,299 Dan RM899 Comments Off on Samsung Galaxy A50s dan Galaxy A30s Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,299 Dan RM899 288

Hari ini Samsung Malaysia Electronics telah melancarkan dua model dari siri Galaxy A dengan penawaran model Galaxy A50s dan Galaxy A30s. Menariknya kedua-dua model ini menampilkan rekaan panel belakang dengan corak geometri serta dilengkapi efek holografik yang menarik.

Hadir dengan paparan skrin Super AMOLED 6.4 inci FHD+ untuk Galaxy A50s dan HD+ untuk Galaxy A30s, kedua-dua model ini menyokong pengimbas cap jari dalam skrin dan juga bateri berkapasiti 4000mAh dengan teknologi pengecasan pantas 15W.

Samsung Galaxy A50s dan Galaxy A30s kini turut menyokong fungsi Samsung Pay.

Dari segi pemproses, Galaxy A50s dijana oleh Exynos 9611 (11nm) dengan konfigurasi storan 6GB + 128GB, manakala Galaxy A30s pula dijana oleh Exynos 7904 (14nm) dengan storan 4GB + 64GB.

Samsung Galaxy A50s
Samsung Galaxy A30s

Galaxy A50s menyokong tiga kamera utama beresolusi 48MP (f/2.0) + 5MP (Depth Camera) + 8MP (Ultra Wide Angle) dan kamera depan beresolusi 32MP (f/2.0). Galaxy A30s pula tersedia dengan tiga kamera utama beresolusi 25MP (f/1.7) + 5MP (Depth Camera) + 8MP (Ultra Wide Angle), dan kamera depan 16MP (f/2.0).

Galaxy A50s dan Galaxy A30s masing-masing dijual pada harga RM1,299 dan RM899, bermula 21 September 2019 di Samsung Experience Stores dan Samsung Malaysia Online. Terdapat tiga warna ditawarkan iaitu Prism Crush Black, Prism Crush White dan Prism Crush Green.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend