Samsung Galaxy A41 Kini Rasmi – Skrin Lebih Besar, Trikamera Dipertingkatkan Comments Off on Samsung Galaxy A41 Kini Rasmi – Skrin Lebih Besar, Trikamera Dipertingkatkan

Samsung Galaxy A41 akhirnya diumumkan secara rasmi untuk pasaran Jepun selepas beberapa maklumat mengenainya tertiris sejak awal tahun ini.

Galaxy A41 membawakan tingkat taraf seperti paparan skrin yang lebih besar berbanding generasi terdahulu iaitu Galaxy A40. Peranti ini dilengkapi skrin 6.1-inci Super AMOLED dengan rekaan Infinity-U yang menempatkan kamera depan 25MP.

Pada jabatan kamera, seperti yang anda boleh lihat ia tidak mengenakan bonjol petak seperti kebanyakan siri-A yang lain. Galaxy A41 menyusunkan kamera sebaris menerusi sensor utama 48MP, ultralebar 8MP, dan kedalaman 5MP.

Melengkapkan peranti, ia dikuasakan cipset MediaTek Helio P65, memori 4GB RAM, dan 64GB storan yang kesemuanya dijana bateri sebesar 3500mAh disamping sokongan pengecasan pantas 15W. Tidak dilupakan, ia dijalankan di atas sistem operasi Samsung One UI 2.0 berasaskan Android 10.

Jika anda bertanyakan manakah pengimbas cap jari telefon ini, ia bukanlah berada di bawah skrin sebaliknya berada di bawah panel belakang peranti.

Walaubagaimanapun, menurut Samsung Jepun telefon ini hanya akan dipamerkan di bilik pameran Samsung mulai Jun 2020.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend