Samsung Galaxy A31 Dengan Helio P65, sAMOLED FHD+, Bateri 5000mAh Dan Pengecas 15W Dilancarkan Comments Off on Samsung Galaxy A31 Dengan Helio P65, sAMOLED FHD+, Bateri 5000mAh Dan Pengecas 15W Dilancarkan

Dalam diam-diam, Samsung baru sahaja memperkenalkan satu lagi telefon pintar terbaharunya iaitu model Samsung Galaxy A31 untuk pasaran global.

Samsung Galaxy A31 menampilkan paparan skrin Super AMOLED berukuran 6.4 inci FHD+ dengan rekaan takuk jenis Infinity-U. Ia turut didatangkan dengan kamera depan beresolusi 20MP dan juga pengimbas cap jari dalam skrin.

Dikuasakan dengan cipset Helio P65, Galaxy A31 turut dioperasikan dengan antaramuka One UI 2.0 berasaskan Android 10. Ia juga tersedia dengan RAM sehingga 6GB dan juga storan dalaman sehingga 128GB.

Keupayaan penggambarannya pula beresolusi 48MP + 8MP (Ultra Wide) + 5MP (Macro) + 5MP (Depth). Menampilkan bateri berkapasiti 5000mAh, Galaxy A31 menyokong teknologi pengecasan pantas 15W melalui sambungan USB Type-C.

Tersedia dalam empat warna pilihan iaitu putih, hitam, biru dan merah, Galaxy A31 tidak lagi didedahkan harga jualannya buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend