Samsung Galaxy A20s Dengan Sokongan Tiga Kamera Turut Dilancarkan Pada Harga RM699 Comments Off on Samsung Galaxy A20s Dengan Sokongan Tiga Kamera Turut Dilancarkan Pada Harga RM699

Selain melancarkan model Galaxy A50s dan Galaxy A30s untuk pasaran tempatan yang akan mula dijual pada 21 September ini, Samsung Malaysia Electronics turut mengumumkan penawaran Galaxy A20s yang kini telah menerima penambahbaikan pada keupayaan penggambarannya.

Dilengkapi dengan sokongan tiga kamera beresolusi 13MP (f/1.8) + 5MP (f/2.2, Depth sensor) + 8MP (f/2.2. Ultra Wide Angle), Galaxy A20s masih mengekalkan kamera depan beresolusi 8MP (f/2.0) pada rekaan takuk jenis Infinity-V. Saiz paparan skrinnya juga tampil lebih besar berukuran 6.5 inci HD+, tetapi panel Super AMOLED kini telah digantikan dengan panel jenis IPS LCD.

Galaxy A20s juga telah dikuasakan dengan cipset Snapdragon 450, didatangkan dalam konfigurasi 3GB + 32GB, dan juga menyokong kapasiti bateri lebih besar berukuran 4000mAh. Ia akan dijual secara rasmi di Malaysia bermula 21 September ini pada harga RM699.

Baca juga:

Samsung Galaxy A50s dan Galaxy A30s Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,299 Dan RM899

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend