Samsung Galaxy A20e Akan Diperkenalkan Dengan Rekaan Seakan Galaxy A20?! Comments Off on Samsung Galaxy A20e Akan Diperkenalkan Dengan Rekaan Seakan Galaxy A20?!

Pada pertengahan Mac 2019 yang lalu, Samsung di Rusia telahpun mengumumkan ketersediaan tiga model terbaharunya iaitu Galaxy A50, Galaxy A30 dan juga Galaxy A20 untuk pasaran di sana. Malah dua daripada model itu telahpun dibawa masuk ke pasaran tempatan pada tarikh yang sama.

Nampaknya Samsung berkemungkinan besar akan menawarkan satu lagi varian untuk model Galaxy A20 dengan kemunculan imej pengolokan Galaxy A20e yang didedahkan oleh pengeluar sarung pelindung. Walaupun tiada maklumat berhubung spesifikasi berjaya diperolehi, Galaxy A20e dipercayai menyokong spesifikasi yang mungkin lebih rendah berbanding varian sebelum ini.

Manakala dari segi rekaan fizikalnya pula, Galaxy A20e dilihat memiliki penampilan yang sama seperti Galaxy A20 seperti rekaan takuk titisan air, dwi kamera utama, dan juga sensor pengimbas cap jari di belakang. Peranti ini juga masih menggunakan port microUSB dan juga tersedia dengan bicu audio 3.5mm.

Baca juga:

Samsung Galaxy M20 Kini Rasmi Dengan Harga RM799, Eksklusif Di Shopee Mulai 20 Mac 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend