Samsung Flip Disasarkan Untuk Bisnes Profesional Bagi Memudahkan Perkongsian Idea Dengan Panel Digital Pintar – Berharga RM12,999 Comments Off on Samsung Flip Disasarkan Untuk Bisnes Profesional Bagi Memudahkan Perkongsian Idea Dengan Panel Digital Pintar – Berharga RM12,999

Apabila berada di dalam bilik mesyuarat, pembentangan sesebuah projek memerlukan kaedah paling berkesan bagi memastikan idea dapat disampaikan dengan baik. Jadi dengan kehadiran Samsung Flip, proses pembentangan menjadi lebih mudah kerana ia menawarkan panel digital berukuran 55 inci dengan sokongan skrin sentuh.

Samsung Flip bukan sahaja berupaya menjanjikan pembentangan yang produktif dan interaktif, tetapi ia juga memastikan ciri privasi yang terbaik kerana setiap peranti yang akan disambungkan ke Samsung Flip perlu memasukkan kata laluan yang telah ditetapkan agar segala data sulit tidak dapat diakses oleh individu lain.

Bagi memastikan aspek interaktif yang optimum, apa jua kandungan yang dipaparkan pada Samsung Flip akan boleh dilihat pada PC, telefon pintar ataupun tablet yang telah disambungkan tanpa sebarang gangguan ataupun menjejaskan kualiti imej. Malah pengguna juga boleh memindahkan apa jua kandungan yang terdapat pada peranti peribadi terus ke Samsung Flip bagi memudahkan proses pembentangan.

Samsung Flip yang didatangkan sekali dengan tapak ini boleh digunakan secara menegak ataupun melintang, dan ia akan dijual di Malaysia bermula hari ini dengan harga jualan RM12,999.

Spesifikasi Samsung Flip:

  • 55 inci 60Hz E-LED
  • UHD (3840 x 2160 piksel)
  • Nisbah kontras: 4700:1
  • 2x speaker terbina-dalam 10W
  • Port: 1x HDMI, 2x USB 2.0
  • Sambungan: NFC

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend