Samsung Exynos 9820 Dengan Sokongan Mongoose 4 Didakwa Lebih Berkuasa Berbanding Qualcomm Snapdragon 855?! Comments Off on Samsung Exynos 9820 Dengan Sokongan Mongoose 4 Didakwa Lebih Berkuasa Berbanding Qualcomm Snapdragon 855?!

Pada April yang lalu, kami ada mendedahkan bahawa Samsung sedang dalam peringkat penghasilan pemproses terbarunya iaitu Exynos 9820 yang akan dikuasakan pada Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus. Sebagaimana yang kita ketahui, Exynos 9820 akan hadir dengan proses 7 nm FinFET dan ada khabar angin yang mendakwa ia akan turut menyokong pemproses Mongoose 4 yang dipercayai lebih berkuasa berbanding Cortex-A76 yang akan digunakan pada Qualcomm Snapdragon 855.

Jika diperhatikan Cortex-A76 berupaya menghasilkan kelajuan pemprosesan sehingga 3.30 GHz dan menurut Ice Universe Mongoose 4 akan menjanjikan kelajuan yang jauh lebih tinggi, tetapi dalam masa yang sama masih efisien penggunaan tenaga. Sebagai rujukan, Apple A12 yang akan digunakan pada iPhone 2018 nanti turut dibangunkan menggunakan proses 7 nm.

Malah ketirisan keputusan ujian Geekbench yang diperolehi pemproses A12 telah mencatatkan skor multi-core mencecah sehingga 13,000. Jadi jika pemproses Exynos 9820 dengan Mongoose 4 ini lebih baik berbanding Cortex-A76 yang dihasilkan oleh ARM, tidak mustahil jika keputusan benchmark yang akan diperolehinya tidak akan jauh ketinggalan berbanding pemproses Apple A12.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend