Samsung Electronics Dinobatkan Sebagai Jenama Terbaik Asia 2018 Untuk Tujuh Tahun Berturut-turut – Asia’s Top 1000 Brand Comments Off on Samsung Electronics Dinobatkan Sebagai Jenama Terbaik Asia 2018 Untuk Tujuh Tahun Berturut-turut – Asia’s Top 1000 Brand

Samsung Electronics baru-baru ini sekali lagi telah dinobatkan sebagai jenama terbaik di Asia untuk tahun 2018 oleh Asia’s Top 1000 Brands. Lebih menariknya, ia merupakan tahun ketujuh Samsung Electronics berjaya menyandang anugerah tahunan yang dianjurkan oleh Campaign Asia-Pacific dengan kerjasama bersama Nielsen.

Populariti siri Galaxy S9 merupakan antara penyumbang terbesar untuk Samsung dinobatkan sebagai jenama terbaik untuk tahun 2018.

Kajian yang melibatkan penglibatan 17 kategori produk utama termasuk automotif, peruncitan, F&B dan elektronik telah dibuat berdasarkan pada pandangan pengguna terhadap jenama yang paling popular di pasaran. Bagi mendapatkan kaji selidik yang lebih seimbang, tinjauan ini menyasarkan pendapatan umur, jantina dan pendapatan bulanan pengguna.

Selain telefon pintar, kehebatan teknologi yang disokong QLED TV keluaran Samsung turut menjadi penyumbang terhadap kejayaan ini.

Sebanyak 13 pasaran terlibat dengan tinjauan ini termasuklah Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend