Samsung Display Edar Lebih Banyak Panel OLED Untuk iPhone Dari Yang Sepatutnya Comments Off on Samsung Display Edar Lebih Banyak Panel OLED Untuk iPhone Dari Yang Sepatutnya 133

Apple telah bekerjasama dengan Samsung Display untuk paparan OLED pada iPhone sejak pengeluaran iPhone X lagi. Memandangkan permintaan iPhone terbaru ini mendapat sambutan yang tinggi, jumlah penghantaran panel OLED dilaporkan bakal menjangkau kepada 40 ke 50 juta unit pada Disember nanti. Menurut laporan, ia adalah angka diluar jangkaan.

Samsung Display telah membekalkan 90% panel OLED sejak dari awal lagi, ia termasuklah dua model iPhone 11 Pro. Sementara baki 10% iaitu 7 ke 8 juta panel OLED untuk iPhone 11 Pro Max adalah dari LG Display.

Pada mulanya, Samsung telah menghantar panel OLED ini kepada Apple sebanyak 6.9 juta unit pada bulan September. Akan tetapi selepas pelancaran peranti, jumlah itu telah meningkat kepada 40%.

Kakitangan Apple berbaju merah bagi menunjukkan sokongan kepada program (RED) iaitu kepada pesakit HIV dan AIDS.

Perkara ini sungguh berbeza dengan apa yang berlaku pada awal tahun, yang mana permintaan panel iPhone XS telah dikurangkan. Menurut Samsung Display, pada suku pertama tahun 2019, mereka telah rugi sebanyak $470 juta dari segi kos operasi. Bagaimanapun, keuntungan telah diperolehi semula pada suku kedua dengan jumlah sebanyak $641 juta.

Sementara untuk iPhone 11 pula, Apple telah menggunakan panel LCD daripada JDI, LG Display, dan Sharp. Dikatakan, iPhone 2020 nanti bakal dilengkapi paparan OLED dan tiada lagi paparan LCD walaupun untuk model asas iPhone. Namun begitu, iPhone SE 2 masih lagi kekal dengan panel LCD.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend