Samsung Dipercayai Sedang Membangunkan Sensor Kamera Beresolusi 250MP Comments Off on Samsung Dipercayai Sedang Membangunkan Sensor Kamera Beresolusi 250MP

Baru sahaja Samsung membuat kejutan dengan perancangan jangka masa panjangnya untuk memperkenalkan sensor kamera mencecah 600MP yang dikatakan mampu menghasilkan imej yang sangat terperinci, mengatasi keupayaan mata manusia.

Kini dalam diam-diam ada sumber yang telah melaporkan bahawa Samsung akan hadir memperkenalkan sensor kamera beresolusi 250MP. Menurut pendedahan yang dibuat, Samsung kini telahpun memasuki fasa untuk menghasilkan sensor tersebut.

Bahkan berdasarkan ketirisan berita berasingan, Samsung juga dilaporkan sudahpun melepasi peringkat penyelidikan dan pembangunan sensor kamera beresolusi 150MP. Malah ia dijangka akan memperkenalkannya pada pertengahan kedua tahun ini.

sumber, melalui

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend