Samsung Dipercayai Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Empat Kamera Tahun Ini Comments Off on Samsung Dipercayai Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Empat Kamera Tahun Ini

*Gambar sekadar hiasan

Jika sebelum ini Huawei telah memperkenalkan telefon pintar pertama dengan sokongan tiga kamera, nampaknya trend itu akan diperhebatkan lagi oleh Samsung tidak lama lagi. Berdasarkan status Twitter yang telah dimuat naik oleh Ice Universe, Samsung dipercayai akan tampil dengan model telefon pintar dengan sokongan empat kamera.

Melalui tweet yang telah dikongsikan, Ice Universe yang sememangnya terkenal dengan berita ketirisan peranti terbaru ini telah memuat naik status yang memberi klu terhadap berita tersebut. Jika dilihat pada status itu, sokongan empat kamera itu mungkin akan disokong pada kamera utama dan bukannya kombinasi dua kamera hadapan dan juga dua kamera utama.

Memandangkan Samsung telahpun melancarkan model flagship dari siri Galaxy S dan Galaxy Note, berkemungkinan siri Galaxy A bakal menjadi peranti pertama daripada Samsung hadir dengan sokongan empat kamera. Walau bagaimanapun, tiada maklumat terperinci berhubung perkara itu didedahkan buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend