Samsung Dilihat Mula Menawarkan Kad MicroSD Berkapasiti 512GB Dengan Harga Setanding Peranti Kelas Pertengahan Comments Off on Samsung Dilihat Mula Menawarkan Kad MicroSD Berkapasiti 512GB Dengan Harga Setanding Peranti Kelas Pertengahan

Di dalam majlis pelancaran Galaxy Note 9 lalu, Samsung telah mengumumkan bahawa ia akan menjadi peranti pertama keluarannya yang akan hadir dengan sokongan kad memori microSD sehingga 512GB. Sungguhpun begitu ketika diumumkan, Samsung masih lagi belum memiliki kad microSD dengan kapasiti sebesar itu.

Hari ini Samsung akhirnya telah mula menawarkan kad microSD 512GB keluarannya, selepas ia mula disenaraikan di dalam laman sesawang rasmi Samsung di Jerman. Kad memori Samsung Evo Plus  berkapasiti 512GB ini menyokong kelajuan write sehingga 100MB/s dan kelajuan read mencecah 90MB/s.

Namun jika soal bajet tidak menjadi isu, kad memori 512GB ini dijual pada harga yang agak tinggi iaitu €289.99 atau bersamaan dengan RM1,382. Dengan harga sebegini, anda boleh memiliki peranti kelas pertengahan seperti Samsung Galaxy A7 (2018) yang dijual pada harga RM1,299.

Baca juga:

Samsung Galaxy Note 9 – Apakah Penambahbaikan Berbanding Generasi Sebelumnya?!

Samsung Malaysia Lancar Galaxy Note 9 Dengan Tiga Pilihan Warna Pada Harga Bermula RM3,699

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend