Samsung Dilaporkan Telah Menemui Cara Untuk Mengatasi Isu Skrin Pada Samsung Galaxy Fold Comments Off on Samsung Dilaporkan Telah Menemui Cara Untuk Mengatasi Isu Skrin Pada Samsung Galaxy Fold 493

Samsung sebelum ini terpaksa mengambil keputusan sukar untuk menunda tarikh jualannya, berikutan isu paparan skrin boleh lipat yang tidak berfungsi selepas mendapat aduan daripada media yang menerima unit untuk diuji. Bahkan pada minggu lepas Samsung sendiri telah mengesahkan bahawa isu itu berpunca daripada lapisan pelindung skrin yang ditanggalkan, dan juga bahagian engsel yang agak luas telah menyebabkan bahagian skrin itu terdedah dengan kemasukan bendasing.

Namun begitu, baru-baru ini Samsung dilaporkan telah menjumpai jalan penyelesaian untuk masalah tersebut. Menurut dakwaan yang dibuat oleh Yonhap News dari Korea, Samsung merancang untuk memasukkan bahagian lapisan yang dipasang untuk melindungi skrin pada Galaxy Fold itu akan dimasukkan pada bahagian kerangka bagi mengelakkannya daripada mudah ditanggalkan oleh pengguna.

Selain itu, Samsung juga akan menutup bahagian atas dan bawah engsel pada Galaxy Fold supaya tiada lagi bendasing boleh memasuki ke dalam bahagian tersebut, yang akan menyebabkan punca kerosakan pada skrin. Buat masa ini Samsung Galaxy Fold sedang diuji dan dijangkakan akan dilancarkan pada Jun nanti.

sumber

Baca juga:

Samsung Dedah Mengapa Galaxy Fold Bermasalah, Akan Umum Tarikh Pelancaran Terbaru

Pelancaran Samsung Galaxy Fold Di Malaysia Turut Ditunda, Ini Penjelasan Mereka

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend