Samsung Dilaporkan Sedang Menguji Peranti Android Go Untuk Pasaran Asia, Eropah Dan Amerika Latin Comments Off on Samsung Dilaporkan Sedang Menguji Peranti Android Go Untuk Pasaran Asia, Eropah Dan Amerika Latin

Sejak dari awal kemunculan Samsung dalam arena telefon pintar Android, kesemua peranti yang diperkenalkannya tampil dengan sokongan antaramukanya sendiri iaitu TouchWiz, dan kini lebih dikenali sebagai Samsung Experience. Penggunaan antaramuka ini pada peranti keluaran Samsung sememangnya menerima pelbagai respons dari pengguna.

Baru-baru ini, Samsung mungkin akan lebih bersikap terbuka apabila ia telah dilaporkan sedang menguji peranti dengan sokongan antaramuka asli Android. Perkara ini telah disahkan oleh Sammobile melalui penemuan keputusan ujian benchmark model SM-J260G yang jelas memperlihatkan sokongan RAM berkapasiti 1GB dan juga Android 8.1 Oreo berasaskan platform Android Go.

Dengan menggunakan nama kod ‘Universal7570_Go’, ia dipercayai tampil dalam tiga varian berbeza iaitu SM-J260F, SM-J260M dan juga SM-J260G. Ketiga-tiga varian ini dilihat masih lagi diuji di beberapa negara berbeza termasuklah model SM-J260G yang dilaporkan sedang diuji di beberapa negara Asia termasuklah Malaysia, India, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Kemboja, Thailand, Singapura dan juga Vietnam.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend