Samsung Dilaporkan Akan Menghasilkan GPU Keluarannya Sendiri Untuk Digunakan Pada Cipset Exynos Comments Off on Samsung Dilaporkan Akan Menghasilkan GPU Keluarannya Sendiri Untuk Digunakan Pada Cipset Exynos

Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, Samsung kini menggunakan GPU yang dibangunkan oleh ARM iaitu Mali untuk kebanyakan model keluarannya dan ini termasuklah peranti flagship seperti Galaxy Note8 dan juga siri Galaxy S9. Kini Samsung bakal mengikuti jejak langkah Apple, apabila baru-baru ini ia telah dilaporkan akan menghasilkan GPU keluarannya sendiri.

Bagi merealisasikan penghasilan GPU untuk peranti keluarannya yang dioperasikan dengan cipset Exynos, Samsung akan memfokuskan pembuatan GPU untuk model dari segmen mampu milik dan bukannya segmen flagship. Ini bertujuan untuk membantunya memperolehi pengalaman sebelum generasi kedua GPU keluarannya itu diperkenalkan pada peranti flagship pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend