Samsung Dikhabarkan Sedang Menghasilkan Telefon Pintar Gaming Comments Off on Samsung Dikhabarkan Sedang Menghasilkan Telefon Pintar Gaming

Tahun 2018 merupakan tahun dimana pengeluar telefon pintar berlumba-lumba menghasilkan peranti gaming masing-masing. Bermula dengan Razer Phone, Xiaomi Black Shark, Nubia Red Magic, dan ASUS ROG. Kini Samsung pula dikhabarkan berhasrat untuk menyertai yang lain.

Khabar angin yang bertiup daripada seorang pengguna Twitter bernama @MMDDJ_ telah memuat naik satu status mengatakan Samsung sedang membangunkan sebuah telefon pintar khusus untuk gaming. Difahamkan, sumber ini boleh dipercayai dan sering melakukan tekaan yang betul terhadap produk-produk keluaran Samsung.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut dikongsi terutamanya mengenai spesifikasi. Tetapi, tidak mustahil Samsung sebagai peneraju telefon pintar dunia akan menghasilkan peranti gaming pada masa akan datang. Kita tunggu dan lihat sahaja la..

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend