Samsung Dedah Mengapa Galaxy S9 Tidak Hadir Dengan Teknologi Pengimbas Cap Jari Pada Skrin… Comments Off on Samsung Dedah Mengapa Galaxy S9 Tidak Hadir Dengan Teknologi Pengimbas Cap Jari Pada Skrin…

Di dalam industri pembuatan telefon pintar, Samsung merupakan antara jenama besar yang dilihat sering memperkenalkan barisan model flagship yang menawarkan pelbagai inovasi hebat. Ini jelas dapat dilihat melalui penggunaan paparan skrin melengkung yang dikenali sebagai ‘Infinity Display’ dan yang terbaru pengenalan modul kamera dengan sokongan ‘Variable Aperture’ pada siri Galaxy S9.

Samsung Galaxy S9/S9+ sokong ‘Variable Aperture’ f/1.5 dan f/2.4

Sungguhpun begitu, kedudukan sensor pengimbas cap jari yang pernah menimbulkan kontroversi pada siri Galaxy S8 sebelum ini tidak diperbaharui. Sebaliknya Samsung telah mengambil pendekatan untuk mengubah kedudukan sensor itu sahaja dan tidak mengimplementasikan teknologi pengimbas cap jari pada skrin sebagaimana yang telah digunakan pada peranti keluaran vivo.

Mark Notton, Pengarah Portfolio Produk & Strategi Komersial Samsung.

Baru-baru ini Pengarah Portfolio Produk & Strategi Komersial Samsung iaitu Mark Notton, telah mendedahkan sebab mengapa mereka tidak memperkenalkan teknologi itu pada Galaxy S9, selepas ditanya oleh AndroidPIT. Menurutnya, Samsung mahu memastikan teknologi itu betul-betul 100% sempurna sebelum ia diperkenalkan kepada pengguna bagi mengelakkan mereka daripada kecewa kerana ia tidak berfungsi seperti yang telah diiklankan.

Melalui kenyataan ini juga, dapat disahkan bahawa Samsung kini sedang berusaha untuk menghasilkan teknologi pengimbas cap jari pada paparan skrin. Ada kemungkinan juga Samsung akan memperkenalkan teknologi ini pada peranti keluarannya yang akan datang, dan adakah Samsung Galaxy Note9 akan menjadi peranti pertama keluaran Samsung yang menyokongnya?! Sama-sama nantikan…

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend