Samsung China Umum Warna Baharu Untuk Galaxy S10 Dan Galaxy S10+ Comments Off on Samsung China Umum Warna Baharu Untuk Galaxy S10 Dan Galaxy S10+ 390

Samsung China telah memperkenalkan warna baharu untuk telefon pintar mercu mereka, Galaxy S10 dan Galaxy S10+. Setakat ini warna yang dikeluarkan adalah Prism Black, Prism White, dan Prism Green. Sementara untuk Galaxy S10+ terdapat dua warna tambahan iaitu Ceramic Black dan Ceramic White.

Menurut akaun rasmi Samsung China di Weibo, syarikat tersebut telah memuat naik satu poster memperlihatkan peranti dengan warna baharu. Setelah tulisan di atas poster diterjemah daripada bahasa Mandarin, ianya berbunyi “Smoke blue, new color coming soon!”, ini bermakna warna biru akan dikeluarkan untuk siri telefon pintar ini.

Walau bagaimanapun, warna baharu ini tidak ditawarkan untuk Galaxy S10 versi 5G malah ia juga tidak diumumkan untuk Galaxy S10 dan Galaxy S10+ versi global.

Untuk pengetahuan anda, di China Galaxy S10 telah berjaya dijual sebanyak 500,000 unit untuk beberapa minggu terawal sejak ia dilancarkan. Jumlah ini menjadikan angka penjualan meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding Galaxy S9 untuk pasaran yang sama.

melalui/sumber

Baca juga:

[Ulasan] Samsung Galaxy S10+, Naik Taraf Terbesar Pernah Dilakukan Pada Siri-S

[Perbandingan] Samsung Galaxy S10+ Dengan Huawei Mate 20 Pro – Manakah Lebih Baik?

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend