Samsung Buka Pra-Tempah Galaxy Note 9 – Percuma Hadiah Bernilai Sehingga RM1,531 Comments Off on Samsung Buka Pra-Tempah Galaxy Note 9 – Percuma Hadiah Bernilai Sehingga RM1,531 1123

Samsung baru sahaja melancarkan Galaxy Note 9 secara global semalam. Selepas pengenalan dibuat secara live streaming di YouTube, hari ini Samsung Malaysia membuka tempahan untuk peranti tersebut.

Bagi sesiapa yang sudah sekian lama menunggu generasi Note terbaharu, ini adalah masa yang paling sesuai untuk mendapatkannya. Setiap pra-tempah yang dibuat, pelanggan akan menerima hadiah berjumlah sehingga RM1,531. Galaxy Note 9 ditawarkan dalam dua varian pada harga bermula RM3,699.

  • Galaxy Note 9 (128GB) – Percuma Gear Sport (RM1,219).
  • Galaxy Note 9 (512GB) – Percuma Gear Sport (RM1,219), Gear Sport Strap (RM93), Wireless Charger Pad (RM219).

Galaxy Note 9 dengan varian 128GB boleh ditempah pada harga RM3,699, manakala varian 512GB boleh ditempah pada harga RM4,599 seunit. Pra-tempah bermula pada 10 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018 bermula jam 12 tengah hari.

Pra-tempah: Galaxy Note 9

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend