Samsung Buka Kilang Telefon Pintar Terbesar Dunia Di India Untuk Menghasilkan 120 Juta Peranti Sebulan Comments Off on Samsung Buka Kilang Telefon Pintar Terbesar Dunia Di India Untuk Menghasilkan 120 Juta Peranti Sebulan

Samsung, peneraju utama telefon pintar dunia hari ini membuka kilang pengeluaran terbesar mereka di Uttar Pradesh, India. Kilang yang baru dibuka ini dikatakan kilang telefon pintar terbesar di dunia, malah majlis perasmian juga telah dihadiri Perdana Menteri India, Narendra Modi bersama-sama Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Terletak di Sector-81 Noida, barisan pengeluaran yang dinaik taraf ini mampu menghasilkan 120 juta unit telefon pintar sebulan iaitu dua kali ganda jumlahnya sebelum ini. Syarikat Korea ini mensasarkan pengeluaran keseluruhan produk meningkat sebanyak 50 peratus (10 peratus sebelum ini) dan angka yang disasarkan bukan sahaja merujuk kepada telefon pintar tetapi ia merangkumi produk lain seperti peti ais, televisyen, dan peralatan elektrik rumah.

Jurucakap Samsung turut menambah, “unit baru yang dibangunkan di atas tanah seluas 35 ekar bersebelahan dengan kemudahan semasa. Ia akan menggandakan kapasiti pengeluaran kedua-dua sektor telefon bimbit dan peti sejuk. Komponen akan dipasang di kilang Noida dan akan ada beberapa fungsi intensif buruh yang akan menghasilkan sejumlah pekerjaan. Selain itu, unit ini juga akan menimbulkan syarikat sokongan di dalam bandar.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend