Samsung Buat Kejutan Dengan Kehadiran Storan 128GB Untuk Galaxy S9 Comments Off on Samsung Buat Kejutan Dengan Kehadiran Storan 128GB Untuk Galaxy S9

Seperti yang anda ketahui, Malaysia merupakan salah satu negara yang telah menerima kesemua varian yang ditawarkan oleh Samsung untuk siri Galaxy S9. Untuk model Galaxy S9 hanya ada satu varian sahaja yang diperkenalkan iaitu 64GB, manakala Galaxy S9+ pula hadir dengan tiga varian pilihan termasuklah 64GB, 128GB dan 256GB.

Dalam diam-diam, Samsung telah membuat kejutan apabila memperkenalkan satu varian tambahan untuk model Galaxy S9 dengan kemunculan storan berkapasiti 128GB. Jika Galaxy S9 64GB di India menggunakan nombor model SM-G960FZBD, varian 128GB di negara itu tampil dengan nombor model SM-G960FZPG.

Galaxy S9 varian 128GB ini sudahpun dijual secara rasmi melalui laman rasmi Samsung India dengan harga jualan Rs.61900 (kira-kira RM3670). Sebagai rujukan, harga jualan Galaxy S9 varian 64GB adalah Rs.57900 (kira-kira RM3435) dan varian paling rendah 64GB untuk Galaxy S9+ pula dijual pada harga Rs.64900 (kira-kira RM3850).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend