Samsung Bakal Perkenalkan Fon Telinga Berwayar Dengan Pembatalan Suara Bersama-sama Note10 Comments Off on Samsung Bakal Perkenalkan Fon Telinga Berwayar Dengan Pembatalan Suara Bersama-sama Note10 368

Samsung Galaxy Note 10 akan diperkenalkan kepada umum pada 7 Ogos ini dalam acara Galaxy Unpacked 2019. Peranti ini bakal menggantikan generasi terdahulu, Note 9 dengan beberapa tingkat taraf daripada segi spesifikasi dan juga rekaan.

Khabar terkini daripada peniris popular, Roland Quandt di Twitter melaporkan Samsung akan memperkenalkan fon telinga berwayar dengan sokongan pembatalan suara bersama-sama Galaxy Note 10 nanti. Tidak pasti adakah ia akan disertakan dalam kotak pembungkusan atau ditawarkan dalam pakej edisi terhad.

Bagaimanapun ianya akan menggunakan sambungan USB-C dan bukan 3.5mm audio jack memandangkan Galaxy Note 10 tidak menyertakan bicu audio.

Baru-baru ini imej pengolokan dipercayai Galaxy Note 10 telah mula tersebar di internet. Ia memperlihatkan perubahan besar pada bahagian belakang dan kamere depan.

Gambar: Ishan Agarwal
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend