Samsung Anjur Pertandingan Fotografi #MYShootLikeAPro Dengan Hadiah Bernilai Lebih RM12,000 Comments Off on Samsung Anjur Pertandingan Fotografi #MYShootLikeAPro Dengan Hadiah Bernilai Lebih RM12,000

Sehingga 18 Mei 2020, Samsung Malaysia telahpun menganjurkan pertandingan fotografi #MYShootLikeAPro yang dibuka kepada semua pemilik peranti Samsung.

Berdasarkan tema yang telah ditetapkan, pemenang hadiah utama pertandingan ini akan menerima seunit Samsung Galaxy S20 Ultra (RM4,999), manakala dua pemenang di tempat kedua pula akan menerima Samsung Galaxy S20 (RM3,599) setiap seorang. Pemenang mingguan pula akan menerima Galaxy Fit-e.

Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan fotografi #MYShootLikeAPro, anda boleh mengikuti 4 langkah mudah seperti berikut:

LangkahPenerangan
Langkah 1Follow akaun Instagram rasmi @SamsungMalaysia dan pastikan akaun Instagram telah disetkan ke ‘Public’.
Langkah 2Ambil gambar menggunakan kamera telefon pintar Samsung berdasarkan tema mingguan yang ditetapkan.
Langkah 3Muat naik gambar penyertaan ke profil Instagram dengan tanda pagar #MYShootLikeAPro #withGalaxy #SamsungPhoneModel (contoh: #GalaxyS20) dan tag @SamsungMalaysia.
Langkah 4Tag 2 rakan anda pada post tersebut, pastikan rakan anda turut mengikuti akaun rasmi Instagram @SamsungMalaysia, dan pastikan akaun mereka turut disetkan ke ‘Public’.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi www.samsung.com/my/offer/mobile/my-shoot-like-a-pro

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend