Samsung Anjur Jerayawara Galaxy A7 (2018) Dengan Sokongan Tiga Kamera Di Lapan Negeri Serentak – 26 Hingga 28 Oktober Comments Off on Samsung Anjur Jerayawara Galaxy A7 (2018) Dengan Sokongan Tiga Kamera Di Lapan Negeri Serentak – 26 Hingga 28 Oktober

Bagi meraikan kehebatan penggambaran Samsung Galaxy A7 (2018) yang menampilkan sokongan tiga kamera, Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan akan menganjurkan aktiviti ‘Jerayawara Ultra Wide Galaxy A7’ di lapan buah negeri secara serentak. Aktiviti jerayawara ini akan diadakan selama tiga hari iaitu bermula pada 26 hingga 28 Oktober 2018 nanti.

Negeri atau lokasi yang terlibat dengan aktiviti jerayawara ini adalah seperti berikut:

  • Selangor – Sunway Pyramid
  • Perak – Ipoh Parade
  • Pulau Pinang – Prangin Mall
  • Johor – AEON Tebrau City
  • Melaka – Dataran Pahlawan
  • Pahang – Kuantan Parade
  • Kuching – Vivacity Mall
  • Kota Kinabalu – Imago Mall

Selain memberi peluang kepada pengguna untuk mencuba sendiri kehebatan penggambaran tiga kamera pada Samsung Galaxy A7 (2018), pengunjung yang hadir akan turut dihiburkan dengan persembahan dan juga sesi beramah mesra bersama artis tempatan pada 27 dan 28 Oktober.

Lebih menariknya, pengunjung yang hadir juga boleh mengambil bahagian untuk menyertai pertandingan ‘Mirror Mirror Me’ bagi merebut peluang untuk bercuti ke Korea secara percuma. Malah pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma mencecah sehingga RM8,000 apabila berkunjung ke jerayawara ini.

Samsung Galaxy A7 (2018) Dengan Sokongan Tiga Kamera Kini Dilancarkan Pada Harga RM1,299

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend