Samsung Akan Menghentikan Pembantu Maya S Voice Bermula 1 Jun 2020 Comments Off on Samsung Akan Menghentikan Pembantu Maya S Voice Bermula 1 Jun 2020

Samsung sebelum ini telahpun memperkenalkan pembantu maya S Voice sejak tahun 2012, iaitu serentak dengan pelancaran model Galaxy SIII. Melalui S Voice, pengguna boleh menggunakan arahan suara untuk membuat janji temu, membuka aplikasi dan banyak lagi.

Namun begitu perkhidmatan S Voice telah dilaporkan akan mula dihentikan pada 1 Jun 2020 nanti. Menurut SamMobile, pengguna akan hanya menerima respons ”I’m unable to process your request. Try again later.” selepas dari tarikh tersebut.

Perkara ini sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana Samsung kini telahpun hadir dengan sokongan pembantu maya baharu yang dikenali sebagai Bixby bermula daripada model Galaxy S8.

Sebagai rujukan, S Voice sebelum ini telah diperkenalkan pada model keluaran Samsung seperti biasa:

  • Galaxy SIII, Galaxy S4, Galaxy S5, Galaxy S6
  • Galaxy Note II, Galaxy Note III, Galaxy Note 4, Galaxy Note 5, Galaxy Note FE, Galaxy Note Pro 12.2
  • Galaxy W
  • Galaxy Tab 4, Galaxy Tab S
  • Galaxy A3, Galaxy A5, Galaxy A7, Galaxy A8, Galaxy A9

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend