Samsung Akan Menghentikan Fungsi ‘My Bixby Level’ Bermula 10 Ogos 2018 Nanti Comments Off on Samsung Akan Menghentikan Fungsi ‘My Bixby Level’ Bermula 10 Ogos 2018 Nanti

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan fungsi ‘My Bixby Level’ pada pembantu digital Bixby yang membolehkan pemilik peranti Samsung Galaxy terpilih untuk mendapatkan poin setiap kali mereka menggunakannya. Melalui pengumpulan poin ini, pengguna boleh menerima pilihan warna latar baru dan juga poin Samsung Pay yang boleh ditukarkan sebagai diskaun atau menyertai peraduan yang dianjurkan.

Nampaknya bermula 10 Ogos 2018 nanti, fungsi yang pada awalnya diperkenalkan untuk menggalakkan pemilik peranti Samsung Galaxy untuk menggunakan Bixby akan dihentikan. Perkara ini telah diumumkan secara rasmi oleh Samsung melalui penghantaran notis pada pemilik peranti Samsung Galaxy baru-baru ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend