Samsung Akan Lancar TV Modular 146 Inci ‘The Wall’ Mulai Ogos 2018 Nanti Comments Off on Samsung Akan Lancar TV Modular 146 Inci ‘The Wall’ Mulai Ogos 2018 Nanti 400

Samsung sebelum ini pernah mendedahkan kepada umum TV MicroLED komersial yang pertama keluarannya dalam acara CES 2018 yang lalu dengan kemunculan TV modular berukuran 146 inci yang dikenali sebagai ‘The Wall’.

The Wall merupakan sebuah TV yang menampilkan modul rekaan tanpa bezel yang mampu memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menentukan tambahan saiz paparan dan juga gaya sambungannya pada dinding. Sambungan beberapa unit The Wall yang diletakkan penuh pada dinding dikatakan mampu memaparkan paparan berbeza bergantung kepada kehendak pengguna.

Menurut Samsung, teknologi MicroLED yang pertama kali dikomersialkan ini berupaya menghasilkan kualiti paparan setanding teknologi OLED, tetapi ia memiliki jangka hayat yang lebih lama.

The Wall dikatakan akan mula dijual mulai Ogos tahun ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend