Samsung Akan Hentikan Pengeluaran Panel LCD Pada Hujung Tahun Ini, Fokus Untuk Pengeluaran Panel QD Comments Off on Samsung Akan Hentikan Pengeluaran Panel LCD Pada Hujung Tahun Ini, Fokus Untuk Pengeluaran Panel QD

Berbeza dengan jenama pengeluar telefon pintar yang lain, Samsung dilihat lebih memfokuskan penggunaan paparan Super AMOLED pada peranti keluarannya. Bahkan peranti kelas pertengahan keluarannya juga dilihat menggunakan panel Super AMOLED.

Melalui laporan terbaharu, Samsung dikhabarkan akan menghentikan pengeluaran panel LCD di Korea Selatan dan China sekitar penghujung tahun ini. Keputusan ini telah diambil bagi memberi ruang kepada Samsung untuk memfokuskan pada pengeluaran panel Quantum Dot (QD).

Berikutan daripada keputusan itu, kakitangan dalam perniagaan LCD akan diserapkan ke bahagian perniagaan OLED dan juga QD. Namun begitu, Samsung telah mengesahkan bahawa bekalan panel LCD tidak akan berhadapan dengan isu sehingga akhir tahun ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend