Sampel Gambar, Spesifikasi, Varian, Dan Harga Oppo Reno Mula Didedahkan 0 227

Oppo telah mengumumkan kehadiran siri terbaharu telefon pintar mereka, Reno di China baru-baru ini. Berbanding Realme, siri Reno ini lebih memfokuskan kepada spesifikasi mercu pada harga yang lebih berpatutan.

Terkini, Timbalan Presiden Oppo, Brian Shen telah berkongsi beberapa sampel gambar yang diambil menggunakan peranti Reno. Antara sampel gambar yang dikongsikan mendedahkan kebolehan kamera menangkap gambar menggunakan 10x lossless zoom menerusi lensa kamera 48MP yang mana menjadi imej tumpu pada peranti.

Menurut sumber, gambar ini telah diturunkan resolusinya kepada 1080p berbanding resolusi sebenar 48MP. Bagaimanapun melihat pada gambar, kita boleh nampak imej yang dirakam sangat tajam walaupun diambil pada jarak yang jauh. Kamera ini menggunakan teknologi periskop yang sebelum ini pernah diumumkan di acara MWC 2019 yang lepas.

Syarikat ini turut mengesahkan peranti Reno akan dilengkapi bateri berkapasiti 4,065mAh bersama sokongan teknologi pengecasan Super VOOC 4.0 (50W). Menurut mereka, pengecasan penuh boleh dibuat hanya dalam tempoh 40 minit sahaja. Selain dikuasakan cip pemproses Snapdragon 855, ia juga hadir dengan pilihan memori 8GB, 10GB, dan 12GB RAM serta storan sebesar 256GB UFS 2.1.

Peranti ini dilaporkan menyokong sambungan 5G diikuti bateri 5,000mAh untuk versi 12GB RAM. Malah versi yang sama juga akan dikeluarkan dalam versi Lamborghini tetapi dengan storan yang lebih besar, 512GB UFS 3.0. Telefon pintar ini akan dilengkapi skrin berteknologi Dynamic AMOLED HDR10+ dengan resolusi FHD+. Selain itu turut menyediakan pengimbas cap jari di dalam skrin.

Oppo Reno 8GB/256GB akan membawa tanda harga $745 (~RM3,047), versi 10GB/256GB berharga $820 (~RM3,355), manakala versi 12GB/256GB pada harga $1,040 (~RM4,254). Sementara versi Lamborghini pula akan dijual sekitar $1,500 (~RM6,136) sebuah.

Oppo Reno Light Deluxe dikatakan bakal hadir dengan dua varian 8GB/128GB dan 8GB/256GB. Masing-masing ditawarkan pada harga $550 (~RM2,250) dan $660 (~RM2,699).

Jadi, adakah ini yang dimaksudkan Oppo “peranti berspesfikasi tinggi pada harga berpatutan”?. Apa-apapun kesemua peranti ini akan diperkenalkan pada 10 April 2019.

melalui

Baca juga:

Oppo Reno Mungkin Tiba Dengan Empat Warna Ini

Spesifikasi OPPO Reno Tertiris, Hadir Dengan Skrin 6.4″, Snapdragon 710 Dan Dwi Kamera 48MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend