Sambungan Internet Menggunakan Cahaya Dari Lampu LED Kini Sedang Diuji Oleh Philips Comments Off on Sambungan Internet Menggunakan Cahaya Dari Lampu LED Kini Sedang Diuji Oleh Philips

WiFi atau nama penuhnya Wireless Fidelity menggunakan gelombang elektro-magnetik pada frekuensi radio untuk proses menghantar data, jadi ia berhadapan dengan isu untuk menembusi pelbagai halangan. Disebabkan oleh itu, kekuatan sambungan Internet di rumah anda mungkin tidak sama kerana halangan daripada dinding dan juga perabot didalamnya.

Nampaknya isu utama pada WiFi ini mungkin dapat diatasi dengan kewujudan bantuan teknologi LiFi atau turut dikenali sebagai Light Fidelity yang boleh menghantar data menggunakan cahaya daripada lampu LED. Sememangnya ia kedengaran agak futuristik, tetapi sebenarnya teknologi LiFi ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru kerana ia telah diperkenalkan sejak tahun 2011 lagi, tetapi sehingga kini ia masih lagi belum dikomersialkan.

Baru-baru ini Philips dikatakan sudah mula menguji teknologi LiFi itu dalam sebuah program perintis yang kecil di Paris. Malah Philips juga telah memperkenalkan produk lampu pintarnya iaitu Hue yang mungkin boleh digunakan untuk menyediakan sambungan Internet melalui cahaya yang dihasilkannya.

Dengan adanya teknologi LiFi ini, anda boleh mendapatkan sambungan Internet yang kuat dan pantas walaupun berada jauh dari router Internet di rumah mahupun ruang pejabat. Walaubagaimanapun, buat masa ini masih belum dapat dipastikan lagi bila teknologi LiFi ini akan mula diperkenalkan secara komersial.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend