Sah OPPO F9 Akan Dilancarkan Di Malaysia Bulan Ogos Ini Comments Off on Sah OPPO F9 Akan Dilancarkan Di Malaysia Bulan Ogos Ini

Berita baik kepada peminat-peminat Oppo. Hari ini Oppo Malaysia mengumumkan bahawa peranti generasi terbaharu siri F akan menjengah pasaran Malaysia tidak lama lagi. Oppo F9 disahkan akan dilancarkan di negara ini bulan hadapan menawarkan rekaan skrin berbentuk air menitis.

Poster acah yang dihantar oleh pihak Oppo sendiri nampaknya menggunakan tema alam semula jadi. Difahamkan, skrin dengan takuk titisan air ini menjadikan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 90.8%. Oppo mengatakan dengan rupa takuk baharu ini ia sekaligus dapat memberikan keselesaan kepada pengguna sebaik skrin dihidupkan.

Tiada tarikh khusus bilakah peranti ini akan dilancarkan termasuklah tanda harga dan spesifikasi, bagaimanapun jangkaan kami Oppo F9 akan dijual pada harga dibawah RM2,000, memandangkan Oppo R15 Pro dan Find X masing-masing dijual pada harga RM2,399 dan RM3,699.

Kemas kini berita!

Ben Geskin  mula berkongsi rekaan OPPO F9 atau R17 berasaskan daripada maklumat yang tertiris sebelum ini:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend